BERITA TERKINI & SEMASA
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2024 โ Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah menerima kunjungan hormat daripada Defence Attachรฉ (DA) United Arab Emirates (UAE) , Colonel Omar Ahmed Mohammed Saeed Al Kaabi di pejabat beliau, hari ini.
Kunjungan hormat ini memberi peluang kepada ATM dan DA UAE untuk memperkukuhkan hubungan dua hala, bertukar maklumat mengenai perkembangan, meningkatkan hubungan ketenteraan kedua-dua negara serta cabaran operasi di rantau ini.
Diharap dengan lawatan ini, dapat lagi mengukuhkan kerjasama ketenteraan antara Malaysia dan United Arab Emirates (UAE).
Kredit Juru Foto - Pejabat PAT