logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2024 - Hari ini menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Sri Mohamad bin Ab. Rahman dengan Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin bin Sahib bagi Inisiatif Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning). WBL ini bertujuan untuk meningkatkan taraf akademik anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum mereka menamatkan perkhidmatan di mana seramai 1000 orang anggota ATM disasarkan dari pelbagai tred kepakaran yang bakal menerima manfaat pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datoโ€™ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang turut menandatangani MoU sebagai tanda termeterainya kerjasama strategik antara di antara kedua-dua kementerian, disaksikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Datoโ€™ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir. Kerjasama strategik ini turut melibatkan dua bidang kerjasama yang lain iaitu Inisiatif Program Komuniti Tertumpu dan Inisiatif Program Kolaborasi Industri (ICP) yang juga menjadi bidang kerjasama bersama bagi kedua-dua kementerian.

MoU Program Komuniti Tertumpu telah berlangsung di antara Ketua Eksekutif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT), Datoโ€™ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin dan Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datoโ€™ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail.

Inisiatif ini merupakan program ATM bersama Institut Pendidikan Tinggi (IPT) bagi membangun dan memperkasa ilmu, bakat, dan kemahiran komuniti. Program ini turut menyasarkan warga pertahanan yang terdiri daripada anak-anak warga tentera dan juga ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) melalui projek-projek Knowledge Transfer Programme.

Knowledge Transfer Programme atau Program Pemindahan Ilmu adalah program merakyatkan hasil inovasi serta penyelidikan dan kepakaran dari IPT untuk dimanfaatkan bagi pembangunan dan pemerkasaan masyarakat/ komuniti. Ianya dilaksanakan melalui pertukaran idea kreatif, inovatif, pengalaman serta kemahiran dari pelbagai lapisan masyarakat.

Manakala, bagi Program Kolaborasi Industri (ICP) di bawah Bahagian Industri Pertahanan, Kementerian Pertahanan bersama pemain industri pertahanan terlibat yang sentiasa bersedia bekerjasama bersama KPT dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber teknologi luar merangkumi aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta latihan.

Kerjasama ini dijangka dapat memberikan manfaat yang meluas kepada warga ATM termasuk ahli keluarga anggota ATM dan ahli Badan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) yang terdiri daripada isteri-isteri pegawai dan anggota tentera. Kolaborasi strategik ini adalah bertepatan dengan fokus kedua-dua kementerian yang cakna dalam melaksanakan pendekatan baharu dan perkongsian ilmu yang berupaya menyuntik kepada kemajuan kerajaan MADANI bagi tempoh jangka masa panjang.

Hadir sama semasa program berlangsung adalah Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan ATM dan Awam Kementerian Pertahanan serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi.

Lihat Galeri Gambar