logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

Tim Inovasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mewakili Kementerian Pertahanan Malaysia mencatatkan kejayaan luar biasa dalam program inovasi antarabangsa, Seoul International Invention Fair (SIIF) 2024, yang berlangsung selama empat hari bermula 27 hingga 30 Nov 24 di Seoul, Korea Selatan.

SIIF merupakan salah satu pameran inovasi terbesar di dunia yang diiktiraf oleh World Intellectual Property Organization (WIPO) dan International Federation of Inventorsโ€™ Associations (IFIA) iaitu organisasi antarabangsa yang memainkan peranan penting dalam melindungi hak-hak harta intelek dan mempromosikan inovasi di peringkat global. Tahun ini, SIIF menarik penyertaan kira-kira 519 pasukan inovasi dari 32 negara yang mempersembahkan projek-projek dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, alam sekitar dan teknologi maklumat.

Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) telah dilantik untuk menguruskan kontinjen Tim Inovasi ATM yang mewakili Kementerian Pertahanan Malaysia termasuk membawa Tim Inovasi Malaysia ke pameran ini. Dalam acara tersebut, empat projek inovasi ATM dipamerkan yang masing-masing membawa sumbangan signifikan kepada bidang pertahanan dan keselamatan negara. Projek yang terlibat adalah Fresh Water Generator dari Tentera Darat Malaysia (TDM), Compact Tactical Light (CTL) dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Revolution Advance Innovattion Network (RAIN) dan Radar Warning Receiver (RWR) Blind Sensing, keduanya dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Keputusan pertandingan memperlihatkan pencapaian cemerlang Tim Inovasi ATM, di mana mereka meraih empat pingat dari anugerah yang dipertandingkan iaitu satu pingat emas yang dimenangi TUDM, dua pingat perak yang dimenangi TLDM dan TUDM serta satu pingat gangsa dimenangi TDM.

Lebih membanggakan, beberapa projek inovasi ATM turut menerima Special Awards dari negara-negara seperti Singapura, Korea Selatan, Vietnam, Thailand, Morocco, Arab Saudi, Indonesia dan Filipina.

Keberhasilan Tim Inovasi ATM di SIIF 2024 membuktikan komitmen berterusan ATM dan Kementerian Pertahanan Malaysia dalam memacu kemajuan teknologi dan inovasi, khususnya dalam bidang pertahanan dan keselamatan negara. Kejayaan ini juga mengukuhkan kedudukan produk inovasi ATM di persada antarabangsa, sekaligus memperlihatkan kemampuan mereka untuk bersaing di peringkat global dan mengharumkan nama ATM dan Malaysia di mata dunia.

Lihat Galeri Gambar