KUALA LUMPUR, 28 November 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Doktrin Ke-27 yang diselaraskan oleh Bahagian Operasi Latihan Pertahanan bersama pihak PESAMA telah berjaya dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Ketua Staf Markas ATM buat julung kalinya.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Ketua Staf Markas Angkatan tentera Malaysia. Mesyuarat juga turut dihadiri oleh ahli-ahli tetap mesyuarat dari Bahagian/Cawangan/Jabatanarah Markas ATM serta wakil-wakil perkhidmatan.
Mesyuarat ini telah berlangsung dengan pelbagai agenda dan perkara yang dibincangkan termasuk bagi meluluskan manual Angkatan Tentera Malaysia iaitu Malaysian Armed Forces Joint Procedure serta perancangan Publikasi Bersama Kod ATM No 1 Tahun 2025.
Secara kolektifnya, pelaksanaan mesyuarat ini telah mencapai objektif yang dikehendaki diantaranya dengan pembentangan Plan Transformasi Pembangunan Doktrin (PTPD) ATM selaras dengan keperluan Angkatan Masa Hadapan (AMH). PTPD ATM ini penting kerana akan menjadi panduan strategik untuk menghasilkan organisasi keramat ini menjadi satu ketumbukan full spectrum yang holistik dan mampan. Ianya juga akan memberi anjakan radikal dalam menyokong struktur ATM yang bersifat ๐๐๐ฉ ๐๐ค๐ง ๐ฅ๐ช๐ง๐ฅ๐ค๐จ๐ ๐๐๐ฃ ๐๐๐ง๐ช๐ฅ๐๐ฎ๐ ๐ช๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐๐๐ง๐ค๐ฅ๐๐ง๐๐จ๐ ๐ข๐๐ฃ๐๐ง๐ช๐จ๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐ฉ๐๐ฃ ๐๐ค๐ฃ๐๐๐ฅ๐ฉ ๐๐๐จ๐๐ ๐๐ค๐๐ฉ๐ง๐๐ฃ๐๐ก ๐๐ง๐๐ซ๐๐ฃ.