logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

TAWAU, 27 November 2024 - Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah melaksanakan tinjauan kesiagaan pasukan keselamatan ke Pos-Pos Kawalan Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pulau Sebatik, Tawau. Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi keselamatan serta persempadanan Malaysia-Indonesia di kawasan tersebut serta melihat sendiri kesiapsiagaan anggota dan keperluan infrastruktur asas bagi pasukan keselamatan. Kesempatan tersebut turut digunakan untuk menyantuni anggota yang bertugas di kawasan perbatasan maritim dan daratan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Antara pegawai kanan yang turut serta dalam sesi tinjauan kesiagaan pasukan keselamatan tersebut adalah Panglima Angkatan Bersama; Leftenan Jeneral Dato' Zahani bin Haji Zainal Abidin TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat; Leftenan Jeneral Datoโ€™ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat; Leftenan Jeneral Datoโ€™ Mohd Sofi bin Md Lepi, Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan; Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima 5 Divisyen; Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Noorrul Azril bin Ariffin, Komander Angkatan Tugas Bersama 2; Brigadier Jeneral Wan Edenin bin Wan Mahsin dan Timbalan Komander ESSCOM; Brigadier Jeneral Mohamad Ismail bin Kamarudin. Manakala individu daripada MKN, PDRM serta agensi keselamatan yang lain adalah Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN); Hamzah bin Ishak, Pemangku Pengarah JKDNKA PDRM Bukit Aman; DCP Dato' Muhammad Suzrin bin Muhammad Rodhi; Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia; Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan Komander Briged Sabah PGA; SAC Datuk Abdul Rani bin Alias.

Antara pos-pos kawalan yang dilawati oleh delegasi di sekitar kawasan tersebut antaranya termasuklah Pos PGA Burs Point, Wallace Bay dan Sungai Melayu serta kawasan garis sempadan Malaysia-Indonesia berhampiran Pos PGA Sungai Melayu dan Sungai Aji Kuning, Pulau Sebatik.

Terdahulu, delegasi memulakan perjalanan menuju ke Jeti ICQS Baharu Tawau yang merupakan salah satu pintu masuk utama menghubungkan Malaysia dan Indonesia di mana ianya memainkan peranan penting dalam memudahkan perdagangan serta pergerakan rakyat di sempadan.

Satu sesi taklimat secara walking brief dilaksanakan oleh Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), DCP Datuk Victor B Sanjos kepada PAT dan delegasi bagi memberi penjelasan mengenai situasi keselamatan semasa di Pulau Sebatik, Tawau serta bertujuan memberi gambaran lebih jelas tentang langkah-langkah keselamatan yang diambil bagi memastikan kawasan tersebut bebas daripada ancaman keselamatan.

Selain itu, wakil dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) turut memberi penjelasan mengenai isu persempadanan Malaysia-Indonesia di kawasan Pulau Sebatik. Isu persempadanan ini penting dalam memastikan bahawa sempadan negara terpelihara dengan baik, mengelakkan sebarang isu berkaitan dengan kawasan yang bertindih antara kedua-dua negara.

Tinjauan keselamatan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh aspek keselamatan dan kedaulatan negara serta meningkatkan pemahaman mengenai isu keselamatan dan persempadanan di kawasan terbabit.

Lihat Galeri Gambar