logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

SUNGAI BESI, 30 Oktober 2024 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah menyempurnakan Majlis Penutup South East Asia Special Operations Commander's Conference (SEA SOCC) 2024 bertempat di Lapang Sasar Tertutup 1 RAMD, Kem Perdana, Sg Besi, Kuala Lumpur.

Majlis penutup tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Bahagian Operasi Pasukan Khas Pertahanan (BOPKP) yang juga selaku pasukan penganjur bagi persidangan tersebut.

Aktiviti dimulakan dengan persembahan demonstrasi keupayaan tempur oleh BOPKP disusuli dengan acara menembak jatuh piring bersama para jemputan dan peserta persidangan yang terdiri daripada anggota pasukan khas dari dalam dan luar negara. Antara peserta yang terlibat dalam penyertaan persidangan tersebut adalah daripada Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia, Laos, Cambodia dan Brunei.

Turut hadir dalam majlis penutup tersebut adalah Panglima Tentera Udara, Ketua Staf Markas ATM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Inspektorat Jeneral TLDM, Panglima Medan Barat TD, Panglima-Panglima Pasukan Khusus ATM dan para pegawai serta anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan darat, laut dan udara.

Seusai acara menembak, Panglima Angkatan Tentera di dalam ucapan beliau menyatakan bahawa persidangan sebegini amat bermakna dan berupaya untuk dijadikan sabagai salah satu platform oleh pasukan khusus khasnya bagi membina hubungan dan kerjasama yang positif di masa akan datang.

Persidangan tersebut telah bermula pada 28 Oktober 2024 yang lalu.

Lihat Galeri Gambar