logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2024 โ€“ Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad telah merasmikan persidangan Southeast Asia Special Operations Commanderโ€™s Conference (SEA SOCC) tahun 2024 bertempat di Hotel Ibis, Kuala Lumpur hari ini.

Persidangan yang melibatkan pasukan khusus ini julung kalinya dilaksanakan dan ia dianjurkan secara bersama oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Australian Defence Forces (ADF). Persidangan ini turut melibatkan beberapa negara di Asia Tenggara termasuk Australia dan New Zealand.

Pelaksanaan persidangan ini merupakan langkah penting ke arah meningkatkan keselamatan serantau, khususnya dalam usaha untuk memerangi keganasan.

Persidangan ini berlangsung selama tiga hari mulai daripada 28 hingga 30 Okt 24 dan melibatkan seramai 53 orang peserta daripada dalam dan luar negara.

Peserta bagi persidangan ini terdiri daripada pasukan khusus daripada perkhidmatan darat, laut dan udara. Selain itu, persidangan ini juga turut menjemput peserta daripada unit pasukan khas PDRM atau 69 Komando dan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (PTK) APMM.

Tema bagi persidangan yang akan dilaksanakan ini adalah mengenai โ€œCounter Terrorism Trends and Narratives in South East Asiaโ€: Mechanism Cooperation from Special Operation Perspectivesโ€. Tajuk yang dipilih bagi persidangan pada kali ini adalah bertepatan dengan cabaran semasa yang dihadapi oleh negara-negara di Asia Tenggara berkaitan dengan keganasan. Landskap sosio-politik yang pelbagai di rantau ini, ditambah dengan jurang ekonomi, mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada radikalisasi. Oleh itu, memahami trend dan naratif semasa yang mengelilingi keganasan adalah penting untuk merancang strategi yang berkesan bagi memerangi keganasan.

Lihat Galeri Gambar