PORT DICKSON, 6 Oktober 2024 โ Sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-91, Panglima Angkatan Tentera, Jeneยญral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman menggariskan lapan amanat berlandaskan Sinergi 3M iaitu โMan, Machine dan Methodโ.
Jeneยญral Tan Sri Mohammad berkata, amanat pertama melibatkan penumpuan terhadap diplomasi pertahanan akan kekal menjadi mekanisme utama dalam langkah membina keyakinan (confidence building measures) antara rakan strategik serantau dan antarabangsa.
Jelasnya, jalinan persefahaman dan kerjasama yang selari dengan dasar luar negara akan memastikan Gerak Tindak Reformasi ANGยญKATAN 30 dilaksanakan dengan berkesan berlandaskan perkongsian yang berwibawa.
โAmanat kedua adalah peยญngukuhan pertahanan berpadu dan berlapis menerusi strategi cegah rintang bersepadu.
โKaedah ini menjamin kedaulatan dan keutuhan wilayah negara. Sekiranya tercabar, model tindak balas angkatan melalui diplomasi, pengesanan, penghindaran, penafian, dan penumpasan adalah pilihan rasional dan berkadaran,โ katanya ketika berucap pada sambutan HUT ATM ke-91 semalam.
Jeneยญral Tan Sri Mohammad berkata, amanat ketiga adalah pemerkasaan instrumen pertahanan komprehensif meยญlalui kolaborasi ATM dan awam akan kekal menjadi keutamaan strategik.
Katanya, pendekatan WOGOS perlu dioptimumkan bagi memastikan kos pertahanan negara seimbang serta dilaksanakan secara efisien.
โKeempat adalah pemaยญcuan industri pertahanan negara sebagai entiti pelengkap kepada Reformasi ANGKATAN 30.
โPembangunan keupayaan AMH tidak boleh hanya bertumpu pada pelaksanaan dalaman, malah memerlukan sokongan daripada industri pertahanan tempatan yang bergerak seiring dengan inovasi dan perkembangan teknologi semasa,โ katanya.
Seterusnya Jeneยญral Tan Sri Mohammad turut mahu pengemaskinian sistem perintah dan kawalan serta fungsi tugas secara tersusun.
โLangkah ini membolehkan angยญkatan beralih ke arah persekitaran operasi pelbagai domain secara efektif.
โKaedah tersebut menawarkan opsyen ketenteraan yang tangkas dan tuntas serta memberikan keberkesanan kos kepada negara.
Selain itu katanya, ATM juga perlu mempergiatkan transformasi operasi, latihan dan doktrin secara menyeluruh melalui pendekatan Concept Based Doctrinal Driven.
Proses eksperimentasi perlu dilaksanakan untuk memastikan konsep operasi memenuhi keperluan tugas yang ditetapkan.
โPada masa sama, penjanaan kapasiti dan keterampilan warga berlandaskan etos kepahlawanan serta nilai-nilai murni. Pembangunan modal insan yang melibatkan pendidikan dan latihan profesional ketenteraan perlu dipertingkatkan bagi memacu kecemerlangan ketumbukan ANGKATAN 30 kelak,โ katanya.
Amanat kelapan dan terakhir katanya adalah peluasan agenda kesejahteraan keluarga ATM dan veteran perlu diberikan penumpuan khusus.
โAspek kebajikan adalah pemangยญkin kepada semangat dan kesetiaan seluruh warga angkatan, baik yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara.
โSehubungan dengan itu, aspirasi AMH akan dapat dicapai dengan sokongan dan dorongan positif yang diperolehi daripada setiap lapisan warga ATM,โ katanya.
Mengulas lanjut, Jeneยญral Tan Sri Mohammad berkata, kesemua amanat yang teยญlah digariskan itu kelak akan dijadikan fokus utama sepanjang tempoh pemerintahan beliau.
โUsaha melaksanakan Gerak Tindak Reformasi ANGKATAN 30 memerlukan anjakan radikal yang menuntut kita keluar dari zon selesa dan mencabar kefahaman legasi,โ tegasnya.