logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 11 Mac 23 - Majlis pemakaian Pangkat Pegawai Kadet (PK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (Program 2U2I) Juruterbang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera (PAT) bertempat di Dewan Tun Templer Kem Perdana Sungai Besi.
Buat pertama kalinya dalam sejarah, seramai 18 Pegawai Kadet ATM yang terdiri daripada dua (2) cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya menamatkan Program Latihan PK 2U2I dan Majlis Pemakaian Sayap Penerbangan telah dilaksanakan oleh PTU di Kolej Tentera Udara (KTU) pada 17 Disember 2022. Pecahan Pegawai Muda (2U2I) Juruterbang ATM pada tahun ini bagi perkhidmatan TDM ialah tiga (3) orang lelaki manakala bagi TUDM ialah 14 orang lelaki dan seorang (1) wanita.


Terdahulu, program ini telah dilaksanakan mulai 13 Jul 18 hingga 7 Feb 21 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi program 2U dengan LULUS Kepujian Kelas Kedua (Tinggi), Ijazah Sarjana Muda Penerbangan (ZK61). Seterusnya mulai 8 Februari 2021 hingga 17 Disember 2022, meneruskan latihan di Institut Penerbangan 1 dan Institut Penerbangan 2 (INSPEN 1 dan INSPEN 2) bagi program 2I. Bagi PK yang LULUS Kursus Asas Penerbangan (BFC) Siri 83/21 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter (BHFC) Siri 63/21, mereka seterusnya layak ditauliahkan sebagai Pegawai Muda ATM dengan pangkat Leftenan Muda.
Majlis ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna kepada ATM kerana berjaya melahirkan juruterbang muda melalui program Latihan 2U2I yang menggunakan kepakaran di peringkat TUDM.

Lihat Galeri Gambar