BERITA TERKINI & SEMASA
KUALA LUMPUR, 7 Januari 2025 - Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Datoβ Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah menerima kunjungan hormat daripada General Liu Zhenli, Chief of Staff, Joint Staff Department, Central Military Commission, People's Republic of China dalam rangka lawatan rasminya ke Malaysia.
Kunjungan hormat ini berlangsung di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik serta kerjasama pertahanan antara Malaysia dan China. Pertemuan ini mencerminkan hubungan erat yang sedia terjalin antara kedua-dua negara dalam usaha memastikan kestabilan dan keselamatan serantau.
Semasa pertemuan, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan keselamatan serantau, pertukaran maklumat ketenteraan dan kerjasama dalam bidang latihan serta operasi bersama.
Terdahulu, sesi kunjungan hormat dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, berkekuatan 3 Pegawai dan 103 anggota dan diketuai oleh Mej Adibadiuezshah bin Ahmad.
General Liu Zhenli turut mengadakan sesi pertemuan bersama Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Datoβ Seri Mohamed Khaled bin Nordin. Kunjungan hormat diakhiri dengan sesi bergambar bersama dan pertukaran cenderamata sebagai tanda persahabatan antara kedua-dua pihak.