logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

Kuala Lumpur, 9 Januari 2025 – Mesyuarat Agung Siri Ke-60 Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia (MSAT) telah diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima Tentera Udara merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) dan telah dihadiri oleh Ahli - Ahli Jawatankuasa Kerja MSAT (JKK MSAT), Lembaga Sukan Perkhidmatan, Pengerusi - Pengerusi dan Setiausaha - Setiausaha Persatuan Sukan ATM.

Mesyuarat pada kali ini membincangkan mengenai Pencapaian-pencapaian sukan sepanjang tahun 2024, laporan kewangan tahun 2024, Rancangan Peruntukan Perbelanjaan Kewangan Persatuan Sukan ATM tahun 2025 dan perkara - perkara baharu dalam pembangunan dan kecemerlangan sukan ATM.

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Sukan Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2023 yang telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohamad bin Ab. Rahman yang juga selaku Penaung Majlis Sukan Angkatan Tentera. Anugerah ini merupakan satu penghargaan warga ATM kepada atlet yang telah memberikan komitmen serta mengharumkan nama ATM hingga ke Peringkat Antarabangsa dan Kebangsaan.

Kehebatan luar biasa yang ditampilkan oleh para atlet Tentera Laut, melalui pencapaian yang begitu memberangsangkan, telah mengukir sejarah gemilang dengan menobatkan mereka sebagai Johan Keseluruhan selama 15 tahun berturut-turut merupakan suatu pencapaian yang tiada tandingan dan penuh kebanggaan.

Lihat Galeri Gambar