logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

LUMUT, 24 Jan 25 – Pangkalan TLDM Lumut telah menerima kunjungan daripada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab. Rahman, dalam satu lawatan sempena perbarisan penghargaan ke perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Turut mengiringi lawatan beliau ke Pangkalan TLDM Lumut adalah Ketua Pengarah Bahagian Siber Dan Elektromagnetik Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia , Laksamana Muda Fadhil bin Abdul Rahman.

Acara lawatan dilaksanakan dengan penuh istiadat ketenteraan, mencerminkan penghormatan tinggi terhadap sumbangan besar beliau di sepanjang perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketibaan PAT telah disambut oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Dato' Zulhelmy bin Ithnain bersama pegawai-pegawai kanan TLDM serta warga Pangkalan TLDM Lumut. Acara lawatan berkenaan dimulakan dengan Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera yang dilaksanakan di Padang Kawad KD Pelandok. Perbarisan berkenaan melibatkan 74 orang pegawai dan 406 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Ketua Perbarisan, Komander Mohd Firdause bin Aziz TLDM bersama Pegawai Waren Perbarisan, PWI PAP Rosman bin Daud.

Perbarisan Penghargaan tersebut merupakan satu penghormatan tertinggi kepada beliau di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang dalam perkhidmatan di dalam Tentera Darat Malaysia khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya.

PAT dalam ucapannya menzahirkan setinggi - tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Tentera Laut Diraja Malaysia khususnya kepada Panglima Tentera Laut dan seluruh warga The Navy People. Usai perbarisan, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah berpeluang beramah mesra bersama warga The Navy People di Auditorium M. Sidek Shahbuddin, KD Pelandok. Beliau turut menerima momento khas dari warga The Navy People sebagai simbolik kenang-kenangan.

Lawatan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera telah diakhiri dengan acara Street Lining yang disertai lebih 1500 orang warga Pangkalan TLDM Lumut termasuk kakitangan awam, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab. Rahman.

Turut hadir dalam acara berkenaan adalah Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' TS Shamsuddin bin Haji Ludin; Panglima Armada Barat - Laksamana Madya Mohamad Azuwan bin Harun; Panglima Armada Timur - Laksamana Madya Dato' Khir Junaidi bin Idris serta para Pegawai Kanan TLDM.

Lihat Galeri Gambar