logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

KEDAH, 2 November 2022 - YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob hari ini berkesempatan menyantuni warga Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani dengan diiringi Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain.
Warga Kem Lapangan Terbang amat berbesar hati atas kesudian Perdana Menteri untuk hadir ke Jamuan Makan Malam Warga Tentera Darat Zon Utara selain dapat beramah mesra malah turut berkesempatan menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pegawai dan anggota kem.

Panglima Tentera Darat dalam ucapannya menyatakan setinggi penghargaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang senantiasa perihatin dengan kesejahteraan dan kebajikan warga Tentera Darat semenjak beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri. Turut hadir ke majlis adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Dato' Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Azhan bin Haji Md Othman, Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Dato' Mohd Akib bin Haji Yusof, Panglima 30 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Zaki bin Abu, Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara, Brigedier Jeneral Khairul Izan bin Muhammad Suffian dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.

Sesungguhnya majlis ini adalah sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang memberikan tumpuan kepada keperluan kebajikan dan kesejahteraan anggota.

Lihat Galeri Gambar