BERITA TERKINI & SEMASA
KUALA LUMPUR, 15 Nov 2022 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia memberi bantuan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memastikan perjalanan proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini berjalan lancar. Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi Buang TUDM menjelaskan, walaupun ATM tidak terlibat secara langsung dalam proses pengundian, namun pihaknya bersedia mengaturgerakkan anggota sekiranya diperlukan.