logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

MUARA TUANG, 10 Disember 2024 - Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman, hari ini mengadakan tinjauan ke tapak projek pembangunan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Muara Tuang, Sarawak dalam rangka lawatan rasminya ke Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD). Ketibaan beliau disambut dengan taklimat daripada Jurutera Awam Penguasa Kanan Pasukan Projek Khas 2, Encik Morni bin Buang yang memberikan penerangan terperinci mengenai kemajuan projek tersebut.

Projek pembangunan ini bermula pada 9 Mei 2023, melibatkan pembinaan sebanyak 190 unit RKAT dan dijangka siap sepenuhnya pada 23 Februari 2026. Tinjauan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek dan menilai pelbagai kemudahan yang akan disediakan bagi kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam sesi taklimat, pegawai projek turut berkongsi perkembangan terkini, cabaran yang dihadapi, serta langkah-langkah proaktif yang diambil untuk memastikan projek ini selesai mengikut jadual. PAT, dalam ucapannya, menegaskan bahawa kesejahteraan anggota ATM dan keluarga mereka adalah kunci kepada keberkesanan operasi ketenteraan yang berterusan.

"Komitmen ATM adalah untuk menyediakan kediaman yang selesa, selamat, dan kondusif. Projek ini bukan hanya membina rumah, tetapi turut menggambarkan keprihatinan ATM dalam meningkatkan taraf hidup anggota serta keluarga mereka," katanya.

Projek RKAT di Kem Muara Tuang mencerminkan usaha ATM untuk menyediakan kediaman moden yang lengkap dengan kemudahan asas, serta memastikan suasana yang mesra keluarga bagi meningkatkan kualiti hidup warganya. Keprihatinan ini jelas menunjukkan komitmen ATM untuk terus menjaga kebajikan anggota dan keluarga mereka dalam memenuhi keperluan kediaman masa kini.

Turut serta dalam tinjauan ke tapak projek adalah Panglima Tentera Darat; Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat; Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, Mejar Jeneral Dato’ Abdul Aziz bin Abu Hassan; Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan Tentera Darat; Mejar Jeneral Dato' Ahmad bin Abu Bakar dan delegasi dari Markas ATM serta Markas Tentera Darat.

Lihat Galeri Gambar