logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2024 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab. Rahman, hari ini menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Kolonel Peter Davis Hall, Mantan Atase Pertahanan (Defence AttachΓ©) New Zealand di Malaysia, di pejabat beliau. Kolonel Peter Davis Hall telah berkhidmat sebagai Atase Pertahanan sejak 19 Januari 2020, dan perpisahan ini menandakan penghargaan atas peranan beliau dalam memperkukuh hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.

Dalam kesempatan yang sama, turut diadakan kunjungan hormat pengenalan oleh Atase Pertahanan New Zealand yang baharu, Kolonel Dale Wilfred Parker. Kehadiran Kolonel Parker mencerminkan kesinambungan kerjasama strategik dan persahabatan erat antara Malaysia dan New Zealand dalam bidang pertahanan.
Majlis ini mengukuhkan lagi komitmen bersama dalam memastikan hubungan pertahanan yang kukuh dan saling menguntungkan, seiring dengan keperluan keselamatan serantau dan antarabangsa.

Lihat Galeri Gambar