BERITA TERKINI & SEMASA
KUALA LUMPUR, 13 Disember 2024 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman menerima kunjungan hormat daripada Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Mohamad Azuwan bin Harun di pejabat beliau hari ini.
Ini merupakan kunjungan hormat yang pertama oleh beliau kepada Panglima Angkatan Tentera sejak pelantikan beliau sebagai Panglima Armada Barat, yang baharu pada 19 November 2024 yang lalu.