logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 16 Disember 20 24 - Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (WP ATM) Tahun 2024 bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira hari ini.

Mesyuarat yang dihadiri seramai 522 pegawai dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ini turut dihadiri Panglima Tentera Darat; Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Laut; Laksamana Dato’ Zulhelmy bin Ithnain, Panglima Tentera Udara; Jeneral Tan Sri Dato Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat; Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Timbalan Panglima Tentera Laut; Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin, Timbalan Panglima Tentera Udara; Leftenan Jeneral Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Ketua Staf Markas ATM selaku Commanding General Wisma Perwira ATM; Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad dan Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan selaku Yang Dipertua, Wisma Perwira ATM.

Pada sesi mesyuarat agung ini, PAT mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua AJK Wisma sesi 2023/2024 kerana komitmen yang diberikan dalam memastikan peranan Wisma, baik dari segi kewangan atau aktiviti, dikelolakan dengan lancar dan jayanya. Mesyuarat tahunan seperti ini merupakan platform yang penting untuk sesama ahli berbincang dan merangka hala tuju yang lebih baik demi kesejahteraan ahli-ahli wisma. PAT juga mengingatkan bahawa semua ahli wisma untuk bergiat aktif serta melibatkan diri dalam semua aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh wisma.

PAT juga menekankan bahawa Wisma Perwira merupakan sebuah platform terbaik dalam membangunkan keperibadian serta membina kekuatan β€˜intangible’ para pegawai terutamanya kepada para pegawai muda yang membentuk 'pool of experience, knowledge and wisdom' serta boleh dikongsikan bersama. Selain itu, PAT turut menyeru agar semua ahli untuk menyemai dan mengamalkan rasa tanggugjawab serta 'sense of belonging' terhadap semua kemudahan WP ATM demi menjaga keberfungsian.

Beliau juga memberikan pesanan kepada ahli jawatankuasa baharu agar dapat melaksanakan amanah dan kepercayaan dengan sepenuh hati demi kelancaran peranan WP ATM.

Akhir kata, PAT menyeru agar semua peringkat bersama-sama meningkatkan disiplin diri dan berusaha untuk mengimbangi keperluan peribadi dan keperluan perkhidmatan dengan sebijak-bijaknya. Namun pada masa sama, amanah dan tanggungjawab memelihara bonding para pegawai, perlu dikekal dan tidak boleh diabaikan.

Lihat Galeri Gambar