BERITA TERKINI & SEMASA
SELANGOR, 23 Disember 2024 – MK ATM melalui Bahagian Perancangan Pertahanan (BPP) telah menganjurkan Retreat di Peringkat MK ATM bertempat di Bangi Golf Resort, Bangi, Selangor pada 23 dan 24 Dis 24.
Perasmian Retreat MK ATM telah dilaksanakan oleh Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad – Ketua Staf MK ATM. Retreat MK ATM pada kali ini telah dihadiri oleh Peg-Peg Kanan MK ATM melibatkan setiap BCJ MK ATM di dalam mempersiapkan, mengenalpasti dan membangunkan Resolusi sebelum diangkat ke Retreat ATM yang bakal dilaksanakan pada pertengahan Februari 2025.
Retreat MK ATM yang dilaksanakan selama 2 hari ini adalah bertujuan bagi menganalisa, menilai dan menjadikan segala output yang telah dirancang atau dilaksanakan pada tahun 2024 sebagai penanda aras di atas pencapaian sepanjang Tahun 2024. Ianya mengambil kira Reformasi MK ATM yang sedang dibangunkan secara berfokus dalam memastikan MK ATM berada dilandasan yang tepat selain dijadikan pusat rujukan utama oleh setiap Perkhidmatan.
Penumpuan bagi perlaksanaan Retreat MK ATM pada kali ini adalah memfokuskan kepada Pembangunan hala tuju berdasarkan 4 perspektif Utama.
Blue print: Sebagai kerangka panduan utama untuk merancang dan melaksanakan dasar serta strategi jangka panjang dalam memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan ketenteraan negara.
Pelan Strategik: Sebagai panduan utama untuk memastikan ATM dapat menyesuaikan dengan cabaran semasa dan masa hadapan sejajar dengan keperluan keselamatan negara.
Pelan Pembangunan: Sebagai asas untuk membentuk Ketumbukan ATM yang lebih moden, fleksibel, dan tangkas dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan negara kekal terjamin di bawah kerangka Strategik Ketahanan Negara 2.0 (SKN 2.0).
Inisiatif dan cabaran: Merangkumi usaha dan cabaran memperkukuhkan keupayaan dan keperluan pertahanan negara dalam memastikan kesinambungan strategi dapat direalisasikan melalui transformasi ATM yang berdaya saing di masa hadapan.
Retreat MK ATM yang telah dilaksanakan dijadikan penanda aras dalam memastikan setiap Resolusi yang dicapai dapat diterjemahkan secara konstruktif dan seterusnya mampu mendorong Gerak Tindak Angkatan yang lebih Bersepadu, Tangkas dan Berfokus menjelang Tahun 2030. Ianya sejajar dan seiring dengan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera yang Ke - 22 iaitu pada Teras 1 - Memperkasakan Keupayaan dan Kesiagaan Menuju Angkatan Masa Hadapan (AMH) 2030 di dalam Gerak Tindak 3 - Reformasi Angkatan Tentera 2030.