BERITA TERKINI & SEMASA
KUALA LUMPUR, 26 Disember 2024 - Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad telah menerima kunjungan hormat dari Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin di pejabat beliau pagi ini.
Kunjungan hormat tersebut merupakan kunjungan hormat pengenalan kepada KS MK ATM bersempena dengan pelantikan beliau sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada 19 November 2024 yang lalu.
Seluruh warga ATM merakamkan ucapan setinggi tahniah dan selamat maju jaya di penugasan baharu Panglima !