KUALA LUMPUR, 28 November 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Doktrin Ke-27 yang diselaraskan oleh Bahagian Operasi Latihan Pertahanan bersama pihak PESAMA telah berjaya dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Ketua Staf Markas ATM buat julung kalinya.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Ketua Staf Markas Angkatan tentera Malaysia. Mesyuarat juga turut dihadiri oleh ahli-ahli tetap mesyuarat dari Bahagian/Cawangan/Jabatanarah Markas ATM serta wakil-wakil perkhidmatan.
Mesyuarat ini telah berlangsung dengan pelbagai agenda dan perkara yang dibincangkan termasuk bagi meluluskan manual Angkatan Tentera Malaysia iaitu Malaysian Armed Forces Joint Procedure serta perancangan Publikasi Bersama Kod ATM No 1 Tahun 2025.
Secara kolektifnya, pelaksanaan mesyuarat ini telah mencapai objektif yang dikehendaki diantaranya dengan pembentangan Plan Transformasi Pembangunan Doktrin (PTPD) ATM selaras dengan keperluan Angkatan Masa Hadapan (AMH). PTPD ATM ini penting kerana akan menjadi panduan strategik untuk menghasilkan organisasi keramat ini menjadi satu ketumbukan full spectrum yang holistik dan mampan. Ianya juga akan memberi anjakan radikal dalam menyokong struktur ATM yang bersifat 𝙛𝙞𝙩 𝙛𝙤𝙧 𝙥𝙪𝙧𝙥𝙤𝙨𝙚 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙪𝙥𝙖𝙮𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙤𝙥𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙚𝙧𝙪𝙨𝙞 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙠𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙘𝙤𝙣𝙘𝙚𝙥𝙩 𝙗𝙖𝙨𝙚𝙙 𝙙𝙤𝙘𝙩𝙧𝙞𝙣𝙖𝙡 𝙙𝙧𝙞𝙫𝙚𝙣.