" Pasukan MALBATT 850-11 di Lubnan berada dalam keadaan sihat, baik dan selamat walaupun pergerakan dalam keadaan terbatas. Penugasan rondaan kini tidak lagi dilaksanakan. Penugasan pasukan kini tertumpu membantu agensi awam di Lubnan antaranya melaksanakan ulang bekal sumber air bersih kepada hospital awam di Tibnin dan turut membantu hospital awam dalam merawat pesakit. Manakala, kawalan terhadap keselamatan empat kem penempatan MALBAT 850-11 diteruskan seperti biasa.
Terima kasih atas keperihatinan ATM kepada MALBATT 850-11 yang sentiasa berhubung dan juga terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan pasukan MALBATT 850-11 yang bertugas di sini".
𝗞𝗼𝗹𝗼𝗻𝗲𝗹 𝗕𝘂𝗿𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗴𝗼𝗻𝗶
𝗞𝗼𝗺𝗮𝗻𝗱𝗲𝗿 𝗠𝗔𝗟𝗕𝗔𝗧𝗧 𝟴𝟱𝟬-𝟭𝟭