logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

PORT DICKSON, 05 Oktober 2024 - Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91 (Hari ATM 91) pada tahun ini dengan tema β€˜Angkatan Masa Hadapan : Benteng Pertahanan Negara’ telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman semasa Perbarisan Tempur Statik dan Demonstrasi Dinamik di Padang Kawad Akademi Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson yang melibatkan penglibatan seramai 134 Pegawai dan 1395 Lain-Lain Pangkat.

Turut hadir dalam sambutan ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan ATM, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Penasihat Pertahanan Luar Negara, Penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Setia (SP) serta Penerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB).

Demonstrasi Dinamik menjadi permulaan acara yang dipersembahkan dengan penuh aksi adrenalin dan memukau yang memperlihatkan keupayaan aset serta kompetensi ATM melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia , Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia melalui tiga fasa iaitu:

a. Keupayaan aset ATM dan kompentensi anggota.
b. Operasi Maritim, Operasi Serangan Amfibi dan Operasi Daratan.
c. Dalam Peperangan Konvensional Operasi Amfibi.

Ini secara terus membuktikan kredibiliti ATM dalam menggalas tugas utamanya dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara. Pada masa yang sama, keupayaan yang ditonjolkan memperlihat dan menonjolkan keyakinan kepada rakyat bahawa kesiagaan ATM terhadap tugasan utamanya tidak terjejas walaupun ATM kini turut juga memberi tumpuan kepada pelaksanaan tugas sekundernya dalam membantu Negara.
Sambutan ini akan menjadi platform kepada ATM untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga merupakan inisiatif sosial ATM dalam menyantuni orang awam yang sentiasa menyokong ATM.
Penglibatan keseluruhan aset pada demonstrasi kali ini adalah sebanyak 264 aset iaitu Tentera Darat Malaysia sebanyak 230 aset, Tentera Laut Diraja Malaysia sebanyak 19 aset dan Tentera Udara Diraja Malaysia sebanyak 15 aset. Aset yang terlibat antaranya:

a. TDM.
(1) Kereta Kebal Pendekar.
(2) Kereta Perisai Gempita.
(3) Kereta Perisai Adnan.
(4) Kereta Perisai Lipan Bara.
(5) Meriam Oerlinkon.
(6) Meriam 105mm LG1 MK III
(7) Meriam 155mm G5.
(8) Roket ASTROS II
(9) Helikopter MD530-G.
(10) Helikopter A109 LOH.
(11) Asslt Boat V Bottom.
(12) CRRC.
(13) OBM.
(14) Kenderaan Tempur Ringan Supacat.
(15) Kenderaan Perisai Ringan Vamtac.
(16) Motosikal Scrambler.
(17) Bot Tempur RHIB.
(18) UAS/Drone.

b. TLDM.
(1) KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN
(2) KD MAHAMIRU
(3) KD MAHAWANGSA
(4) KD PAHANG
(5) KD GAGAH SAMUDERA
(6) RHIB PASKAL
(6) BOT FIC
(7) BOT CB90
(8) SUPER LYNX

c. TUDM.
(1) Pesawat Pengangkut C130-H
(2) Pesawat Pejuang SU 30 MKM
(3) Pesawat Pejuang Hawk/F-18 Hornet
(4) Helikopter EC 725 AP
(5) Helikopter AW 139.
(6) Bot Tempur RHIB.
(7) Bot Tempur ADRHIB.

Seusai Demonstrasi Dinamik tamat, acara disambung dengan Perbarisan Tempur Statik diketuai oleh Pegawai Memerintah Kolonel Razak bin Akob, Rejimen 21 Komando melibatkan empat kontinjen yang terdiri daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Malaysian Batalion 850-12 (MALBATT 850-12).

Perbarisan Tempur Statik turut menyaksikan terbang lintas empat buah pesawat helikopter ATM yang membawa bendera ATM, TDM, TLDM dan TUDM. Perbarisan ini diiringi oleh Pancaragam Pusat ATM.

Perbarisan turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Kesiagaan PAT yang merupakan anugerah tertinggi di dalam ATM. Anugerah ini diberikan kepada Formasi atau Briged terbaik bagi TDM, Pasukan terbaik bagi TLDM dan Pangkalan Udara terbaik bagi TUDM. Penerima Anugerah Kesiagaan PAT menerima sijil pengiktirafan, piala pusingan serta wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM 5,000). Penerima Anugerah Kesiagaan PAT pada kali ini adalah dari 21 Gerup Gerak Khas bagi TDM, Pusat Latihan Kapal Selam bagi TLDM dan Pangkalan Udara Gong Kedak bagi TUDM.

Selepas tamat acara perbarisan, PAT turut berkesempatan melaksanakan perasmian Karnival Terbuka Hari ATM di Padang Ragbi Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED).

Karnival ini telah pun bermula pada 4 Okt 24 dan akan berakhir pada 6 Okt 24. Lokasi lain bagi karnival tersebut di adalah Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat dan Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Semua orang awam dijemput hadir memeriahkan karnival ini kerana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti berikut:

a. Pameran Aset ATM dan Kerjaya ATM, Pameran Muzium ATM dan Perkhidmatan serta Pameran BAKAT.
b. Pameran Kerjaya Agensi Awam.
c. Persembahan Band ATM dan Perkhidmatan.
d. Persembahan Drumline ATM.
e. Persembahan Pancaragam ATM.
f. Persembahan Anjing Perang.
g. Demonstrasi Army Red Warrior.
h. Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata.
i. Silent Drill ATM.
j. Battle of The Band.
k. Gerai Jualan dan Food Truck.

ATM akan terus memastikan kesejahteraan dan keselamatan Negara sentiasa menjadi keutamaan. ATM sebagai benteng utama pertahanan Negara akan terus komited untuk mendokong misi dan wawasan Negara bagi menentukan keamanan dan kedaulatan Negara sentiasa terpelihara.

Lihat Galeri Gambar