PORT DICKSON, 5 Oktober 2024 - Suasana di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson penuh dengan kemeriahan pengunjung yang hadir apabila acara yang dinantikan iaitu Battle of The Band Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (BoTB ATM) Tahun 2024 berlangsung dengan jayanya.
Ribuan pengunjung hadir bagi menyaksikan wakil dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan berentap bagi merangkul gelaran juara. Buat julung kalinya Piala pusingan Tan Sri Mohammad (TSM) diperkenalkan untuk acara Battle of The Bands sempena Sambutan Hari ATM ke-91 kali ini, dan ini juga merupakan buat pertama kalinya acara seperti ini dilaksanakan di peringkat ATM.
Kejayaan ini membuktikan bahawa mereka bukan sahaja terlatih dalam aspek ketenteraan, tetapi juga memiliki bakat dalam bidang seni dan muzik.
Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori
๐๐๐ง๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐๐/๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐๐ก๐
๐ญ.๐๐๐ง๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ก๐๐๐ก;
Johan - RM5,000 (SENI UDARA TUDM)
N.Johan - RM4,000 (BAKES TLDM)
Ketiga - RM3,500 (BKTD)
๐ฎ.๐๐๐ง๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐จ๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก;
Johan - RM5,000 (KOMBO RAMD)
N.Johan - RM4,000 (KUGIRAN ROCKESTRA TUDM)
Ketiga - RM3,500 (GEMA SAMUDERA TLDM)
๐ฏ.๐ฃ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐- RM500 (BKTD)
๐ฐ.๐๐๐๐จ ๐ฃ๐๐ง๐ฅ๐๐ข๐ง๐๐ (๐๐๐ฃ๐ง๐๐๐ก) ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐- RM500 - (KOMBO RAMD)
๐ฑ.๐๐๐๐จ ๐ฆ๐๐ ๐๐ฆ๐ (๐๐จ๐๐๐๐๐ก) ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐- RM500 - (KOMBO RAMD)
๐ฒ.๐๐๐ฆ๐๐๐จ๐ฅ๐จ๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐ (๐ฃ๐๐๐๐ ๐ง๐ฆ๐ ) - RM1,000 - (DARAT/KOMBO RAMD)
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datoโ Seri Mohammad bin Ab. Rahman mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua kumpulan yang mempamirkan mutu persembahan yang terbaik.