logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 
KUALA LUMPUR, 06 Mac 24– Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan dan pengagihan Sumbangan Zakat ATM kepada Masjid dan Surau-surau ATM bagi tahun 2024M/1445H telah diadakan bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jenaral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, mewakili Panglima Angkatan Tentera. Tabung Ihya’ Ramadhan merupakan tabung sumbangan dari warga Angkatan Tentera Malaysia bersempena menyambut bulan Ramadhan. Sumbangan ini digunakan bagi menampung aktiviti-aktiviti masjid sepanjang bulan Ramadhan yang telah dirancang oleh pihak ATM yang dikoordinasikan oleh Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Selain itu juga, ia dapat membuka peluang kepada semua individu untuk turut sama mendapat fadhilat besar dengan menyumbang untuk menghidupkan Ramadhan.
 
Majlis diserikan dengan kuliah ringkas oleh Al Fadhil Ust Don Daniyal bin Don Biyajid yang bertajuk Falsafah Puasa Dari Perspektif Agama dan Sains. Turut hadir sebagai panel Kolonel (Dr) Nurzeti Bte Shaik Ahmad dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Pada majlis ini juga turut disampaikan penyerahan Mock Cheque bernilai RM250,000 untuk tabung Zakat ATM kepada Panglima Tentera Darat, Jenaral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, mewakili Panglima Angkatan Tentera oleh Encik Sufian Badaruddin selaku ahli lembaga pengarah Affin Islamic Bank Berhad.
 
Turut hadir adalah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob, Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Dato' Haji Fazal bin Haji Abdul Rahman, Pegawai-pegawai Kanan ATM serta warga ATM dan staf awam Kementerian Pertahanan.