logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

SUBANG, 2 Nov 23 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah mengiringi Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan menyempurnakan penghantaran Kumpulan Pertama Malaysian Battalion 850-1 di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang. Turut sama diadakan semasa acara tersebut berlangsung adalah pemakaian beret PBB dan penyerahan bendera Malaysia menandakan MALBATT 850-11 dimulakan dengan rasminya.
Kemudiannya, Panglima Angkatan Tentera telah mengambil kesempatan memberi amanat dan seterusnya bersalaman bersama Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 ke pesawat di tarmac Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara TUDM Subang.

Sesungguhnya, pelaksanaan aktiviti seumpama ini adalah bertepatan dan selaras dengan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera yang digariskan dalam teras ketiga iaitu menggilap modal insan angkatan yang positif dan progresif secara holistik. MALBATT 850-11 telah menjalani latihan khusus selama 3 bulan yang merangkumi sebulan latihan perkhidmatan tunggal dan 2 bulan latihan integrasi atau Force Integration Training (FIT) di bawah kawal selia Markas Angkatan Bersama bertempatdi MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan. MALBATT 850-11 telah bersedia untuk diaturgerakkan ke Lubnan bagi menggantikan MALBATT 850-10 yang akan menamatkan misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) setelah berkhidmat selama 12 bulan.

MALBATT 850-11 yang berkekuatan seramai 854 anggota terdiri dari 82 pegawai dan772 anggota lain-lain pangkat (LLP) termasuk 3 pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Awam Kewangan dari Kementerian Pertahanan. MALBATT 850-11 diaturgerakkan ke Lubnan secara berperingkat melibatkan 4 peringkat penghantaran. MALBATT 850-11 ini juga melibatkan seramai 85 pegawai dan anggota wanita.

Penghantaran Kumpulan Pertama melibatkan seramai 218 orang dengan diketuai oleh Komander MALBATT850-11, Kolonel Burhan bin Sagoni bersama 49 Pegawai dan 169 Lain-Lain Pangkat. MALBATT 850-11 akan meneruskan misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL. MALBATT 850-11 akan ditempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin dan akan melaksanakan tugasan operasi yang diberikan oleh UNIFIL khususnya di kawasan tanggungjawab (KTJ) yang ditetapkan.

MALBATT 850-11 akan diaturgerakkan secara berperingkat dengan 4 kali penerbangan menggunakan pesawat Air Asia. Penghantaran Kumpulan Kedua MALBATT 850-11 akan dilaksanakan pada 7 Nov 23 ini dengan disusuli Kumpulan Ketiga pada 12 Nov 23 dan seterusnya penghantaran Kumpulan Keempat dan terakhir dijangka pada 16 Nov 23 nanti. Manakala, Kumpulan Pertama MALBATT 850-10 yang kini sedang berada di Lubnan dijangka pulang dan tiba di Malaysia pada 3 Nov 23.

Upacara pemakaian beret PBB diadakan sebagai simbolik dan dipakaikan kepada Komander MALBATT 850-11, wakil ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut dan udara serta kepada wakil ABDB, wakil Srikandi ATM dan Lain-Lain Pangkat ATM. Kerajaan Malaysia telah meluluskan penglibatan ATM dalam misi UNIFIL sejak tahun 2007 bagi membantu pasukan pengaman dari lain-lain negara anggota PBB menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Majlis penghantaran Kumpulan Pertama Kontinjen MALBATT 850-11 turut dihadiri ahli keluarga pegawai dan Lain-Lain Pangkat yang terlibat. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pemangku Pesuruhajaya Tinggi Negara Brunei Darussalam; Yang Mulia Tuan Mohd Aizul Hakim bin Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; Dato’ Seri Isham bin Ishak, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai Kanan ATM dan ABDB serta Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.