logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

KUALA LUMPUR, 4 Feb 25 – Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar secara rasminya memulakan tugas di Pejabat Panglima Angkatan Tentera, hari ini.
Ketibaan beliau di perkarangan Wisma Pertahanan telah disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; dan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad diiringi bersama barisan Pegawai Kanan ATM yang bertugas di Wisma Pertahanan.

Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar kemudiannya telah menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja berkekuatan 3 Pegawai dan 103 Lain-Lain Pangkat, diketuai oleh Mejar Muhammad Fikri bin Senan. Acara seterusnya adalah beramah mesra bersama pegawai dan anggota di perkarangan Wisma Pertahanan sebelum memulakan tugasnya di pejabat rasmi beliau, dengan diiringi bacaan doa serta simbolik peletakan slot nama beliau di perkarangan pejabat Panglima Angkatan Tentera.

Seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas kepada Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar di atas pelantikan sebagai Panglima Angkatan Tentera.

Lihat Galeri Gambar