logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

WASATIYYAH TONGGAK KEKUATAN ATM

 

TILAWAH 1

KUALA LUMPUR, 19 Ogos - Majlis Tilawah AL-Quran Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-66 anjuran Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)  telah berlangsung pada 19 Ogos 2015 bertempat di Auditorium KEMENTAH, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.  Majlis ini adalah untuk memertabatkan ketinggian ilmu dan kemuliaan Al-Quran dalam melahirkan anggota tentera yang bertakwa, berakhlak mulia dan mampu menghadapi cabaran era globalisasi.  Pemilihan tema bagi majlis pada tahun ini adalah bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kekuatan ATM’’.

Jumlah peserta yang bertanding pada kali ini adalah 9 orang dimana 3 orang daripada perkhidmatan Tentera Darat, 3 Orang daripada Tentera Laut Diraja Malaysia dan 3 Orang daripada Tentera Udara Diraja Malaysia.  Ketegori yang dipertandingkan adalah terdiri daripada ketegori Qari, Qariah dan Pegawai.  Semua Peserta terdiri daripada Pegawai, Anggota Lain-lain Pangkat serta Isteri kepada Pegawai dan Anggota Lain-Lain pangkat yang berkhidmat dalam ATM. 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin. Hadiah utama merupakan pembiayaan menunaikan Fardhu Haji ke Mekah melalui kuota khas yang diperolehi daripada Tabung Haji.  Juara dalam setiap ketegori yang dipertandingkan akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM5000.00, naib Johan berjumlah RM 3000.00 dan  tempat ketiga RM 2000.00.  Piala pusingan akan diberi kepada 3 daripada johan bagi setiap ketogari dan 1 untuk johan keseluruhan perkhidmatan.  Majlis telah diadili oleh 9 orang jemaah hakim yang diketuai oleh Kolonel Haji Mohamad Saodi bin Haji  Kasim, Pengarah Operasi Jabatan Arah KAGAT merangkap Pengerusi Jemaah Hakim pada kali ini.   

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat ATM Ke-66:

a. Kategori Pegawai:

    Johan - Kapt Mohd Hamzani bin Mohamad TUDM (TUDM)

   Naib Johan - Lt Arief bin Saef TLDM (TLDM)

   Ketiga - Mej Mohd Rashidnin B. Abd Razak (TDM)

b. Kategori Qari:

 

   Johan - PW I Hj Mohd Nor B. Ahmad (TDM)

 

   Naib Johan - FSJN Mohd Rashidi B. Mat Zain (TUDM)

 

   Ketiga - Bintara Kanan Hafizan B Mohamad (TLDM)

 

c. Kategori Qariah:

 

   Johan - Pn Rabiatul Adawiyah Bt Ismail (TDM)

 

   Naib Johan - Pn Siti Munirah Bt Sharifuddin (TUDM)

 

   Ketiga - Laskar Kanan Norzaiyana Bt Kamaludin (TLDM)

 

Johan Keseluruhan dimenangi oleh Tentera Darat Malaysia dengan markah sebanyak 232. 

 

Turut berlangsung Penyerahan sumbangan replika Kunci Kenderaan untuk Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim ATM (STAY ATM) oleh YBhg Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Sri Nik Ismail bin Nik Mohamad daripada Syarikat Cerry dan juga merupakan Mantan Panglima Tentera Udara  kepada Panglima Angkatan Tentera seterusnya diserahkan kepada YBhg Mejar Jeneral Datuk Baharom bin Hamzah, Ketua Staf Markas ATM merangkap Pengerusi Lembaga Pentadbiran STAY ATM.  Turut hadir ke Majlis ini Panglima Tentera Darat, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor,  Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Roslan bin Saad TUDM, Wakil Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Ahmad Baharudin serta  Pegawai-Pegawai kanan ATM dan Warga ATM.