logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

TERUSKAN KERJAYA DALAM ATM-SULTAN SELANGOR

PORTAL POP 4

KUALA LUMPUR, 15 OGOS-Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar semua Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) meneruskan kerjaya dalam angkatan tetap atau dalam pasukan simpanan Angkatan Tentera Malasia (ATM) selepas ditauliahkan.  Titah baginda, ini bagi memastikan ilmu yang diperoleh tidak disia-siakan sekali gus dapat menyumbang kepada pertahanan dan kesejahteraan negara dalam menghadapi sebarang ancaman daripada luar mahupun di dalam negara.

"Beta berkehendakan segala ilmu yang diperoleh sepanjang menjadi Palapes digunakan bagi menghadapi sebarang cabaran pada masa akan datang.  " Oleh itu, ilmu ketenteraan yang dipelajari di dalam jangka waktu tiga tahun bersama-sama Palapes amatlah berguna dan perlu terus diperkemaskan lagi dalam pasukan simpanan yang akan disertai kelak,'' titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke - 34 di Universiti Putra Malaysia (UPM).  Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, YB Mohamad Azmin Ali, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta Dif-dif jemputan.

 Seramai 1628 Pegawai Kadet yang merangkumi 1153 Pegawai Kadet Darat, 231 Pegawai Kadet Laut, dan 244 Pegawai Kadet Udara daripada 18 Universiti awam menerima Pentauliahan dalam istiadat ini.  Muhammad Farid Embok Mosik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan Pegawai Kadet Terbaik Palaspes keseluruhan turut menerima pedang kehormat daripada Sultan Shafaruddin Idris Shah.