logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

TAHNIAH ASISTEN KETUA STAF PERKHIDMATAN ANGGOTA

AKSPA 1

KUALA LUMPUR, 28 Ogos - Majlis Pemakaian Pangkat dan serah terima tugas Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berlangsung bertempat di Bilik Teratai, Wisma Pertahanan Kuala Lumpur.  Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin.  Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM,  YBhg Mejar Jeneral Dato’ Azizan bin Md Delin.  Pegawai Kanan ATM ini telah dinaikkan Pangkat ke Leftenan Jeneral mulai 5 Ogos 2015. Isteri kepada Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM turut hadir untuk menyempurnakan majlis pemakaian pangkat tersebut.

Majlis diteruskan lagi dengan serah terima tugas Ketua Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) antara YBhg Leftenan Jeneral Datuk Dr. William Stevenson dengan YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Azizan bin Md Delin.  Leftenan Jeneral Dato’ Azizan bin Md Delin sebelum ini menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM mulai 16 Dis 13 manakala Leftenan Jeneral Datuk Dr. William Stevenson akan menamatkan perkhidmatan dan telah menjawat jawatan sebagai Ketua Eksekutif MiDAS mulai 31 Jan 13.

Turut hadir pada majlis tersebut, Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar, Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Seri Roslan bin Saad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, YBhg Lt Jeneral Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Mohd Nawi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta Pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan.