logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

SETIAUSAHA SULIT SPB YANG DI-PERTUAN AGONG PAKAI PANGKAT KOLONEL

BANNER SETIAUSAHA SULIT KANAN SPB YDP AGONG.4

KUALA LUMPUR - 27 Julai 2015. Panglima Angkatan Tentera (PAT), YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin memakaikan pangkat Kolonel (Kehormat) Askar Wataniah kepada YBhg Datuk Elmi bin Yusuff, Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan Agong. Syor Majlis Angkatan Tentera Ke-540 telah diperkenankan oleh SPB Yang di-Pertuan Agong untuk menganugerahkan pangkat Kolonel (Kehormat) Askar Wataniah kepada YBhg Datuk Elmi bin Yusuff berkuatkuasa pada 4 Jun 2015 sebagai Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Kedah. Turut memakaikan pangkat adalah YBhg Datin Azlina binti Md Zuki iaitu isteri kepada YBhg Datuk Elmi bin Yusuff.

Dalam Sidang Media yang diadakan, Tan Sri PAT menyatakan bahawa ATM bersedia mengambil alih kawalan keselamatan sempadan antarabangsa dari cadangan yang diterima, namun ditegaskan ini adalah bergantung kepada keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan nanti.