logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

SELAMAT DATANG KOLONEL AHMAD FAREED BIN ARIFFIN

PENGARAH 2

KUALA LUMPUR - 6 Ogos 2015. Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Sekretariat Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di antara YBhg Brigedier Jeneral Zarondin bin Md Amin dan YBhg Kolonel Ahmad Fareed bin Ariffin Pengarah Sekretariat Markas ATM yang baru telah diadakan di Bilik Mesyuarat Markas ATM diisaksikan oleh YBhg Mejar Jeneral Datuk Baharom bin Hamzah, Ketua Staf Markas ATM serta warga Markas ATM.

 

 Majlis Serah Terima Tugas ini telah dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dan diteruskan dengan penyerahan dokumen serah terima tugas. Sebelum ini Kolonel Ahmad Fareed bin Arifin menjawat jawatan sebagai Pengarah Operasi Bahagian Operasi dan Latihan, Markas ATM.

Terima kasih tidak terhingga kepada YBhg Brigedier Jeneral Zarondin bin Md Amin diatas Jasa-jasa yang telah ditaburkan sepanjang menerajui Sekretariat Markas ATM dan selamat bertugas sebagai Panglima 8 Briged yang baharu.

 

 Markas ATM mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas pengarah sekretariat Markas ATM yang baru kepada Kolonel Ahmad Fareed bin Ariffin. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.