logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

BRAVO 5 KISAH PERJUANGAN WIRA NEGARA

BRAVO 4

 

KUALA LUMPUR, 2 Sept 15-Majlis pelancaran filem BRAVO LIMA telah berlangsung bertempat di Golden Screen Cinema Signature Garden  Mid Valley pada hari ini.  Majlis dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.  Turut hadir mencemar duli  Yang Teramat Mulia Brigedier Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Tunku Panglima Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, Dif-dif kenamaan serta barisan pelakon BRAVO LIMA. Dalam senario penerbitan filem tempatan, kebiasaannya gemar menghasilkan filem-filem berunsurkan genre seram, cinta, aksi dan komedi. Namu tidak dinafikan setakat ini banyak filem tempatan yang berkisarkan tentang cerita ketenteraan mampu membangkitkan semangat patriotik dihasilkan untuk dinikmati penonton tanah air.

 

Justeru itu, Filem BRAVO LIMA berlatarkan tahun 1989 mengisahkan lima anggota Komando (Rejimen Gerak Khas) yang ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Kawasan tengah semenanjung dijadikan lokasi menawan Malaysia dengan perjuangan bersenjata. Lima komando terbabit berjaya mengesan kem dan kedudukan musuh serta perancangan sulit terpaksa dihadapi mereka. Tetapi, malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka bertempur melawan hampir 200 anggota gerila komunis. Sebelum pertempuran bermula, mereka ada menulis wasiat.

 

Filem ini dipetik daripada kisah benar melalui Diari Misi Komando. Dahulunya ia adalah rahsia sulit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kini dipaparkan untuk sama-sama rakyat Malaysia fikir dan menilai sendiri sumbangan mereka yang terbabit.  Skrip Filem BRAVO LIMA ini telah ditulis oleh Mejar Zainal Hayat (Bersara), di mana ia merupakan adaptasi daripada kisah hidupnya selama 27 tahun sepanjang berada di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Selain itu, skrip ini juga telah memenangi tempat kedua di dalam pertandingan penulisan skrip anjuran FINAS pada tahun 2008.  Skrip Filem BRAVO LIMA ini telah ditulis oleh Mejar Zainal Hayat (Bersara), di mana ia merupakan adaptasi daripada kisah hidupnya selama 27 tahun sepanjang berada di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Selain itu, skrip ini juga telah memenangi tempat kedua di dalam pertandingan penulisan skrip anjuran FINAS pada tahun 2008. Menyedari hakikat itu, syarikat produksi Karya Prima Production Sdn Bhd  telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah filem berjudul BRAVO LIMA yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 10 September ini.

 

Penggambaran filem BRAVO LIMA ini mendapat sokongan padu daripada Panglima Angkatan Tentera dengan dibantu oleh Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi merealisasikan filem patriotik ini dihasilkan.  Filem BRAVO LIMA ini diterbitkan oleh Karya Prima Production Sdn Bhd dan diarahkan M Hitler Zami, manakala skripnya karya Mejar Zainal Hayat (Bersara) yang menampilkan lakonan mantap Remy Ishak, Beto Kusyairy, Sofi Jikan, Shashitharan, Xavier Fong dan Normah Damanhuri.