logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM LAKSANAKAN PROGRAM WAKAF

 

9 JAN 15 BANNER 1

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menganjurkan Program Wakaf Al-Quran dan Kelengkapan Solat untuk masjid dan surau yang ditimpa bencana banjir di seluruh negara bertempat di Masjid Khalid bin Al Walid, KEMENTAH, Kuala Lumpur.  YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia bersama YBhg Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera sempat meluangkan masa melawat kaunter yang dibuka. 

Program ini masih diteruskan lagi dan orang ramai dijemput untuk hadir ke Masjid Khalid bin Al Walid, KEMENTAH, Kuala Lumpur untuk membuat sumbangan wakaf Al-Quran yang bernilai RM20 senaskhah manakala wang tunai boleh dimasukkan ke dalam tabung yang disediakan atau dikreditkan ke dalam akaun MASJID KHALID BIN AL WALID (Bank Islam di nombor akaun 14210010000284).