logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM MENGALU-ALUKAN MENTERI PERTAHANAN DAN TIMBALANNYA

 14

Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalu-alukan YB Menteri Pertahanan (MENHAN) yang baru dilantik, YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalannya YB Datuk Abdul Rahim Bakri.

Sambutan di peringkat Kementerian Pertahanan telah diadakan pada tengahari ini 22 Mei 2013 di perkarangan Kementerian Pertahanan.  YBhg Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin bersama-sama Pegawai-pegawai Tertinggi ATM, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan YBhg Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Ahmad serta Pegawai-pegawai Tertinggi Kementerian Pertahanan telah menyambut kedatangan YB MENHAN dan YB Timbalan MENHAN.

Majlis sambutan telah dimulai dengan ketibaan Timbalan MENHAN, YB Datuk Abdul Rahim Bakri.  Beliau kemudiannya menerima Tabik Hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) 1 RAMD yang diketua Mej Mohd Nor Fahmi bin Bashar.

Sejurus selesai YB Timbalan MENHAN menerima Tabik Hormat, YB MENHAN tiba dan disambut oleh semua Pegawai Tertinggi ATM dan Kementerian Pertahanan.  YB MENHAN turut menerima Tabik Hormat dan memeriksa KKU. 

YB MENHAN bersama-sama timbalannya kemudian diiringi ke pejabat MENHAN sebelum ditaklimatkan oleh ATM dan Bahagian Awam KEMENTAH di Bilik Bunga Raya.

Kepada YB MENHAN dan timbalannya, ATM mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas.