logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

KURSUS INTEGRATED LOGISTICS SUPPORT (ILS) INTRODUCTION FOR MANAGERS 2017

KURSUS

KUANTAN, 7 Apr - Kursus Integrated Logistics Support (ILS) Introduction For Managers 2017 telah dianjurkan oleh Kumpulan Sistem Komputer Logistik Bahagian Logistik Pertahanan (BLP-KSKL), Markas ATM.  Kursus ini telah dilaksanakan selama 5 hari mulai 3 hingga 7 Apr 17 bertempat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan, Pahang.

KURSUS1

Matlamat kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam memahami konsep, pelaksanaan, disiplin dan pengurusan ILS.  Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai konsep bantuan logistik bersepadu Integrated Logistics Support serta membuat perancangan yang terperinci dan berkesan dalam usaha menentukan the best value for money dalam proses perolehan peralatan kapital / sistem ATM. 

KURSUS2

Sejumlah 28 peserta telah mengikuti kursus ini yang terdiri daripada Pegawai ATM daripada ketiga-tiga Perkhidmatan.  Upacara perasmian pembukaan kursus telah disempurnakan oleh Kdr Yang Hamzah bin Mohd Othman TLDM pada 4 Apr 17 manakala majlis penutup serta penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Penyelarasan Bantuan Logistik BLP iaitu Kept Hj Mohd Ridzuan bin Hamzah TLDM pada 7 Apr 17.