logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PEMBUKAAN LATIHAN MODUL KETENTERAAN KADET PTD INTAN SIRI 4/2017

17190358 1449184351819589 2884439462435788742 n

8 MAC 2017, KUCHING – Brigedier Jeneral Mohd Bustaman bin Mat Zin, Panglima Briged Ke-3 Infantri Malaysia telah menyempurnakan Pembukaan Latihan Modul Ketenteraan Diploma Pasca-Siswazah Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) kepada bakal-bakal Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) bertempat di Perkampungan Ikhtiar Hidup X-Ray Camp, Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD), Kem Muara Tuang, KotaSamarahan.

17190821 1449184265152931 8600243066276748326 n

Latihan Modul Ketenteraan ini merupakan siri ke-4 yang diadakan bertempat di Kem Muara Tuang selama dua minggu kepada 63 orang kadet-kadet Pegawai Tadbir Diplomatik. Diantara latihan yang dijalankan adalah berbentuk disiplin, berkawad, menembak serta pembentukan jatidiri.

17191297 1449184278486263 3467570608167858569 n

Objektif latihan ini bertujuan memberi pengetahuan berkaitan organisasi, peranan dan tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mempunyai pengetahuan berkaitan ketenteraan, strategik, operasi dan taktikal, memahami budaya dan disiplin tentera serta meningkatkan keupayaan mental dan fizikal. Didalam majlis tersebut beliau turut memakaikan 'pangkat' kepada dua orang Kadet PTD yang bertindak sebagai Ketua Kumpulan Kompeni masing-masing.  Selepas modul ketenteraan ini, para kadet akan menjalani modul kebombaan dan kepolisian selain menjalani latihan praktikal di agensi-agensi kerajaan. Turut hadir dalam Majlis Pembukaan tersebut adalah Perunding Latihan Kanan Intan En Hafiza bin Kamaru, Ketua Staf Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia Kolonel Isa Daud serta Pegawai Kanan.

Kredit: Tentera Darat