logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN TIM PEMANTAU ANTARABANGSA – MINDANAO 12 (TPA- M12)

MINDANAO1

Kuala Lumpur, 8 Mac - Majlis Perasmian Penubuhan Tim Pemantau Antarabangsa – Mindanao 12 (TPA – M12) telah disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera, pada 8 Mac 2017 bertempat di Wisma Transit, Kuala Lumpur.

MINDANAO2

Penghantaran TPA M-12 adalah kesinambungan dalam memenuhi hasrat Kerajaan Filipina dan juga persetujuan Kerajaan Malaysia untuk menghantar tim pemantau bagi tempoh dua belas bulan. TPA – M12 yang diketuai oleh Mejar Jeneral Datuk Hj Masrani bin Paiman selaku Ketua Misi bersama 15 ahli tim yang lain akan meneruskan misi menggantikan TPA – M11 yang telah bertugas selama 12 bulan.

MINDANAO2

Penglibatan ATM terdiri daripada 4 pegawai dan 1 anggota daripada Tentera Darat Malaysia, 3 pegawai TLDM dan 3 pegawai TUDM. Turut serta adalah 2 pegawai PDRM dan 3 kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri. Malaysia kekal sebagai komposisi utama tim bersama dengan Brunei, Indonesia, Jepun dan Kesatuan Eropah (EU).