logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN ATM

WhatsApp Image 2017 03 03 at 6.10.34 PM 2

Kuala Lumpur, 3 Mac - Majlis serah terima tugas Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (KS MK ATM) berlangsung pada 3 Mac 2017 bertempat di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan Kuala Lumpur. Majlis ini disaksikan oleh Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera.

WhatsApp Image 2017 03 03 at 6.10.34 PM

Majlis dimulakan dengan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan ATM iaitu Mejar Jeneral Dato’ Abdul Halim bin Hj Jalal dinaikkan Pangkat ke Leftenan Jeneral mulai 8 Feb 2017 dan menyandang jawatan Ketua Staf Markas ATM. Seterusnya Pemakaian Pangkat Pegawai Penulisan Pejabat Panglima Angkatan Tentera iaitu Leftenan Kolonel Nazrul Edgar bin Abdullah. Pegawai telah dinaikkan pangkat ke Kolonel mulai 3 Feb 2017 dan menyandang jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Strategik Bahagian Perancangan Pertahanan Markas ATM. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera.

WhatsApp Image 2017 03 03 at 6.10.34 PM 1
Seterusnya Majlis serah terima tugas Ketua Staf Markas ATM antara Leftenan Jeneral Dato’ Sri Haji Sobri bin Adam TUDM dengan Leftenan Jeneral Dato’ Abdul Halim bin Hj Jalal. Leftenan Jeneral Dato’ Abdul Halim bin Hj Jalal sebelum ini menjawat Jawatan sebagai Ketua Staf Markas Tentera Darat mulai mulai 17 Mac 2016 sehingga sehari sebelum majlis serah terima tugas ini. Majlis serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera.
 WhatsApp Image 2017 03 03 at 6.10.34 PM 3
Majlis diakhiri dengan acara  simbolik iaitu street lining bagi memberi penghargaan dan penghormatan terakhir kepada Mantan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Haji Sobri bin Adam TUDM. Beliau bersalaman dengan warga ATM bermula dari pintu hadapan Wisma Pertahanan hingga ke Balai Pengawal Utama.