logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

Timbalan Panglima Tentera Laut

 

LAKSAMANA MADYA DATUK ABDUL RAHMAN BIN HJ AYOB

PSAT PGDK DPSM PAT JSM KAT KMN PJM PPS PPA National Order of

Merit MA Strat (Deakin) Dip PSP dssc psc

 

Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman dilahirkan pada 2 Dis 1964 di Johor Bahru, Johor. Beliau mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia pada 2 Jul 1982 dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM Cawangan Eksekutif pada 13 Jun 1984. Kini beliau diperjawat sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut yang Ke-21 mulai 1 Nov 19. Pencapaian tertinggi beliau di dalam akademi adalah Master of Arts (Strategic Studies) Canberra, Australia.

 

Kerjaya beliau sebagai seorang Submariner bermula pada tahun 1993 apabila beliau memperolehi lencana kepakaran kapal selam setelah menamatkan latihan kapal selam di HMAS PLATYPUS, Australia. Beliau seterusnya menjalani Latihan Pengenalan Kapal Selam di Sweden pada tahun 1995 dan di Perancis pada 1999 serta berjaya menamatkan Kursus Asas Kapal Selam (AGOSTA Class) pada tahun 2006 di Perancis.

 

Laksdya Datuk Abdul Rahman telah memegang beberapa jawatan penting di dalam Tentera Laut dan Misi PBB antaranya sebagai Komander Angkatan Kapal Selam TLDM, Timbalan Ketua Misi, Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao Filipina, Panglima Wilayah Laut 2 dan Panglima Armada Timur.

 

Laksdya Datuk Abdul Rahman telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Dr Norinah binti Mustapha dan dikurniakan 4 orang anak lelaki. Beliau amat meminati sukan tennis dan golf.