logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

Profil Ketua Staf MK ATM

WhatsApp Image 2017 03 20 at 11.24.37 AM

LEFTENAN JENERAL DATO' ABDUL HALIM BIN HJ JALAL

PSAT DPKK PAT JMN JSM SDK KAT KMN BCK PJM PNBB (Bosnia) PPS fdssc psc LLB (Hons) Dip Def & Strats Studies (UM) DSLP (UIAM) MSc GlobalSecurity (Cranfield) MA (Deakin)

KETUA STAF MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

 

            Leftenan Jeneral Dato' Abdul Halim bin Hj Jalal telah dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada 13 Mei 1961. Beliau telah menjalani latihan di Sekolah Pegawai Kadet pada tahun 1980 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda ke dalam Batalion Kedua Puluh Empat Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 24 Januari 1981.

            Dalam kerjayanya, beliau telah menghadiri pelbagai kursus di dalam dan di luar negara. Antaranya ialah Kursus Staf dan Pemerintah, Maktab Turus Angkatan Tentera (Haigate), Foreign Officer Tactical Intelligence Course di Australia dan Law of Armed Conflict Course, di San Remo, Itali. Dalam bidang akademik, Leftenan Jeneral Dato' Abdul Halim juga adalah lulusan Master Degree in Global Security dari Cranfield University, United Kingdom dan Master Degree in Defence and Strategic Studies dari University of Deakin, Australia.  Beliau juga merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA.

            Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Leftenan Jeneral Dato' Abdul Halim telah berpeluang untuk menjawat pelbagai jawatan penting staf dan pemerintah di dalam Tentera Darat Malaysia. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Staf Gred 2 Perundangan semasa misi MALBAT-IV (Bosnia) pada tahun 1995. Pada bulan Jun 2001, Leftenan Jeneral Dato' Abdul Halim telah dipertanggungjawabkan untuk memerintah Batalion Keempat Belas Rejimen Askar Melayu DiRaja.

            Leftenan Jeneral Dato' Abdul Halim telah dinaikkan pangkat Brigedier Jeneral pada tahun 2008 dan seterusnya menjawat jawatan Panglima 12 Briged di Kuala Lumpur. Beliau seterusnya telah mengahadiri Kursus Defence and Strategic Studies di Centre for Defence and Strategic Studies, Canberra, Australia sebelum dipertanggungjawabkan sebagai Panglima 5 Briged di Kota Kinabalu, Sabah pada Disember 2010.  Selepas itu, beliau telah bertukar keluar ke Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat di Port Dickson dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Latihan.  Beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral pada 1 April 2013 dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Pertahanan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). Pada 20 Disember 2013, beliau telah dilantik sebagai Asisten Ketua Staf Cawangan Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Darat sebelum dipertanggungjawabkan sebagai Panglima 4 Divisyen pada 15 Ogos 2015. Pada 17 Mac 2016, beliau telah diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Tentera Darat. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral pada 8 Feb 2017 dan kini menjawat jawatan sebagai Ketua Staf, Markas ATM. Leftenan Jeneral Dato' Abdul Halim meminati sukan golf selain mengisi kelapangan masanya dengan membaca.

            Leftenan Jeneral Dato' Abdul Halim telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Anitha binti Ahmad dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Dikemaskini pada 24 Mac 17.