LAKSAMANA MADYA DATUK KHAIRUL ANUAR BIN YAHYA
PSD PSAT PAT JSD KMN PJM PPS PPA MA Defence (UKM) Adv Dip BA mpat fndu psc
TIMBALAN PANGLIMA TENTERA LAUT
Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar bin Yahya dilahirkan pada 8 April 1960 di Taiping Perak. Beliau menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai Pegawai Kadet pada tahun 1978 dan telah ditugaskan sebagai Leftenan Madya di Cawangan Eksekutif TLDM pada Januari 1981. Diawal penglibatan beliau di TLDM tertumpu kepada latihan peningkatan di dalam dan luar negara. Bermula 30 November 2018, beliau kini bertindak sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut, Tentera Laut Diraja Malaysia.
Sebelum ini, Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar telah memegang pelbagai perjawatan di peringkat unit (taktikal) dan tahap operasi / strategik, termasuk perjawatan di kapal, pangkalan TLDM dan Markas Angkatan Bersama. Antara kemuncak perjawatannya ialah, sebagai Penolong Pegawai Tentera di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia (1997-2001), Asisten Ketua Staf Perisikan, Markas Tentera Laut (2006-2007), Juruiring kepada SPB YDP Agong (2007-2012), Asisten Ketua Staf Latihan Markas Angkatan Bersama (2013-2015), Panglima Wilayah Laut 2 (Mei 2015-Jan 2017) dan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan, Markas Tentera Laut (20 Jan 17-29 Nov 18).
Sepanjang kariernya, beliau telah diberi peluang untuk belajar dan menjalani latihandi dalam dan luar negara. Ini termasuk Kursus Komunikasi di HMAS Mercury United Kingdom (1984), Asia Pacific Military Operations Research Symposium VII(2006) di Kuala Lumpur, Combine Force Maritime Component Commander in Pearl Harbor, Hawaii (2012), Master of Arts in Defence Studies, Malaysia National University (2005) dan Master of Science in National Resource Strategy, National Defence University Washington DC (2013).
Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar berkahwin dengan Datin Nik Noor Mahani Che Abdul Hamid dan dikurniakan dengan 8 orang anak (5 lelaki dan 3 perempuan). Beliau suka bermain golf dan membaca.