
KUCHING, 11 FEB 16 - Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato Sri (Dr.) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan mengiringi Menteri Pertahanan (MenHan), YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan lawatan kerja bagi meninjau aspek kebajikan para anggota dan veteran tentera di bawah naungan Pemerintahan Medan Timur.

Aspek kebajikan anggota dan veteran merupakan salah satu daripada lima Teras yang telah diputuskan untuk diberi tumpuan dalam Retreat Kementerian Pertahanan di Awani, Genting Highlands baru-baru ini.

Dalam konteks ini, MenHan turut mengumumkan bahawa sepanjang RMK-11, sebanyak RM1.2 billion akan diperuntukan bagi pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (PKAT) di 11 lokasi di seluruh negara. Pada masa yang sama, Projek Senggaraan untuk 3 Blok Kelas G RKAT Kem Penrissen, Kuching turut mendapat peruntukkan.
