logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS MENYAMBUT KETIBAAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE-21

1

2

KUALA LUMPUR, 7 Januari 2020 - YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah disambut secara rasmi di Kementerian Pertahanan sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-21 sejak beliau memegang dan menerima jawatan tersebut pada satu Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera yang telah diadakan pada 2 Januari 2020 lalu.

3

4

Ketibaan beliau di Wisma Pertahanan disambut oleh Panglima-Panglima Perkhidmatan dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia serta pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.

5

6

YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM seterusnya mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang diberikan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Kontinjen KKU yang berkekuatan 3 Pegawai dan 103 Anggota Lain-lain Pangkat berkenaan telah diketuai oleh Mejar Mohd Izham bin Ahmad Rashidi serta diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.