logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

JULAU, SARIKEI TERIMA BANTUAN BEKALAN MAKANAN

1

 

JULAU, 8 April 2020 – Khidmat bakti kepada rakyat yang memerlukan bantuan diteruskan oleh ATM dengan penghantaran bekalan makanan kepada penduduk di kawasan Julau, Sarikei Sarawak.

2

Hari ini, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) telah melaksanakan penghantaran sebanyak 117 pek bekalan makanan melalui penghantaran udara menggunakan dua buah pesawat EC-135 milik Syarikat Hornbill Skyways Sdn. Bhd. Bantuan ini telah diterbangkan ke kawasan-kawasan yang sukar dilalui dengan jalan darat dan laut.

3

Untuk hari ini, penghantaran bantuan di Julau melibatkan kawasan di Rh. Manding, Ng Banyu (18 guni), Rh.Matili, Ng Setusel (6 guni), Rh. Anthony Ak Bau, Rantau Tapang (15 guni), Rh. Gerasi, Ng Ju (36 guni), Rh. Nyalih, Lepong Bilat (26 guni), dan Rh. Suing (16 guni).

4

Program penghantaran bekalan makanan ini merupakan program kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan agar masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak terus terbela di samping mematuhi arahan PKP yang telah ditetapkan.

6

Sumber: Sel Operasi Media PMTTD