Kuala Lumpur, 26 Nov 19 - Ketua Staf Markas ATM, YBhg Lt. Jen Dato' Kamarulzaman bin Othman TUDM telah menyempurnakan upacara perasmian Karnival Sukan Markas ATM Tahun 2019 di Padang Bola Sepak B Kementerian Pertahanan.
Karnival sukan ini akan berlangsung selama 3 hari dan mempertandingkan beberapa acara iaitu Merentas Desa, Bola Tampar, Bola Sepak, Futsal, Ping Pong serta Sepak Takraw.
Karnival sukan ini adalah bertujuan untuk memupuk perasaan muhibah dan semangat kesukanan di kalangan warga ATM di samping merapatkan silaturahim serta mengekalkan tahap kecergasan fizikal warganya.