PENGANUGERAHAN HALL OF FAME KE-14 KEPADA PANGLIMA TENTERA LAUT, LAKSAMANA DATUK MOHD REZA BIN MOHD SANY

 

1

Kuala Lumpur, 23 Ogos - Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany telah dianugerahkan sebagai ahli Hall of Fame ke-14 bertempat di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) hari ini.

 

2

3

4

Penganugerahan ahli Hall Of Fame kepada Panglima Tentera Laut sebagai individu ke -14 ini dipilih berdasarkan kriteria yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Lembaga Gabenor Maktab Ke-45 pada Disember 2013. Antara kriteria utama penganugerahan ialah individu tersebut perlu berkhidmat dan menjadi pegawai tertinggi dalam perkhidmatannya. Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany merupakan salah seorang penuntut MTAT pada tahun 2001 dan kini beliau telah berkhidmat selama 38 tahun bersama Tentera Laut Diraja Malaysia sekaligus telah memegang tampuk pemerintahan bermula 30 November 2018.

 

5

6

7

Upacara telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin dengan penyerahan 'momento' (cenderamata) sebagai simbolik penganugerahan.

 

8

9

10

11

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Timbalan Naib Canselor UPNM, Prof Emeritus Dato’ Tengku Mohd bin Tengku Sembok, Komandan MTAT, Brig Jen Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, ahli Lembaga Gabenor Maktab (Board of Governors), Pegawai-pegawai Kanan serta para penuntut MPAT.