logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

LAWATAN KERJA KETUA POLIS NEGARA KE MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

1

 

Kuala Lumpur 18 Julai 2019 - Ketua Polis Negara, Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador telah membuat lawatan rasmi pertama beliau ke Markas Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Pertahanan hari ini. Ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah disambut oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Bin Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Bin Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Bin Buang TUDM.

 

Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador juga telah diperkenalkan kepada Pegawai-Pegawai Kanan ATM yang turut serta menyambut ketibaan beliau di Wisma Pertahanan sejurus menerima Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada 3 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mejar Norshahidin bin Long.

 

Beliau seterusnya diiring ke pejabat Panglima Angkatan Tentera untuk bersama-sama Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin serta Panglima-Panglima Perkhidmatan dalam sesi bicara ringkas isu-isu semasa dan kerjasama di antara dua organisasi besar ini. 


Sesungguhnya, lawatan dan kunjungan hormat ini mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama strategik di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam mengukuhkan keamanan serta kesejahteraan Negara demi kedaulatan Malaysia.

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17