logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

EKSESAIS CAPABILITY AND READINESS (CaREx) CHEMICAL, BIOLOGICAL, RADIOLOGICAL, NUCLEAR (CBRN) SIRI 1 / 2019

1

 

PULAU PINANG, 22 Jul 2019 – Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) Angkatan Tentera Malaysia melaksanakan Eksesais Capability and Readiness Exercise (CaREx) Chemical, Biological, Radiological, Nuclear (CBRN) Siri 1/2019 pada 18 hingga 23 Jul 2019 di 2 RAMD, Kem Sg. Ara, Pulau Pinang. Semalam, latihan melibatkan pengoperasian pasukan CBRN dalam menangani pencemaran bahan kimia yang boleh meragut nyawa mangsa telah dilaksanakan melibatkan seramai 18 pegawai dan 69 Lain-lain Pangkat dari pasukan CBRN Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) dan 12 Skuadron RAJD (CBRNe).

Eksesais ini berkonsepkan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR). Senario eksesais ini berdasarkan bencana Tsunami yang melanda kawasan perindustrian, Utara Semenanjung Malaysia. National Disaster Management Agency (NADMA) telah mengaktifkan pelan bencana dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberi tanggungjawab untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pencemaran kimia terutama di kawasan perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang.

2

16

17

Eksesais yang dilaksanakan ini merupakan inisiatif PKAT dan 12 Skuadron RAJD (CBRNe) Tentera Darat bagi meningkatkan kompetensi pegawai dan anggota dalam menghadapi situasi ancaman dan bencana CBRN. Eksesais yang dilaksanakan ini turut bertujuan memberi pendedahan pengurusan dan pengendalian ancaman CBRN ATM kepada 41 orang peserta agensi awam yang akan menghadiri Asia Pacific Conference on Public Health anjuran bersama College of Public Health Medicine, Academy of Medicine of Malaysia dan BPK pada 22 Julai 2019.

Turut hadir menyaksikan latihan ini ialah Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin bin Muslan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia.

10

9

7

8

 

6

 

11

13

21

22

14

15

18

22

3

4