logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DARIPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BAGI MEMBIAYAI KOS RAWATAN ADIK MOHD AFIF IRFAN ANAK KEPADA PEGAWAI WAREN DUA ABDULLAH BIN YAAKUB

 

Untitled 1

Kuala Lumpur, 17 Julai 2019 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin haji Zainal Abidin bersama Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Bin Hj Mohd Nawawihari ini telah menyempurnakan penyampaian sumbangan kewangan daripada Angkatan Tentera Malaysia kepada adik Mohd Afif Irfan bin Abdullah bagi membiayai kos pembedahan hati di Max Super Specialty Hospital, Saket, New Delhi, India.

                                                    Untitled 4

 

Untitled 3

Adik Mohd Afif Irfan bin Abdullah berusia setahun dua bulan merupakan anak kedua kepada anggota ATM iaitu Pegawai Waren 2 Abdullah bin Yaakub yang kini bertugas di 74 Workshop Divisyen berpangkalan di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Beliau yang mengidap penyakit Billiary Attresia atau penyakit hati kronik telah menerima rawatan awal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Kelantan dan telah dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan seterusnya. Melalui pemeriksaan lanjut pihak PPUM mengesahkan bahawa adik Mohd Afif Irfan mengalami beberapa komplikasi organ hati yang memerlukan pembedahan segera di luar negara yang melibatkan kos pembedahan berjumlah RM 160,000.00.

 

Untitled 2

 

Di majlis tersebut Panglima Angkatan Tentera mewakili semua warga ATM telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM 56,407.00 yang merupakan hasil usaha murni serta kesungguhan organisasi ATM sendiri dan warganya dalam meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan. Di samping itu, terdapat juga sumbangan yang telah diterima dari pelbagai pertubuhan dan orang awam yang prihatin membantu adik Mohd Afif Irfan berkenaan. Adik Mohd Afif Irfan bin Abdullah dan keluarga akan membuat penerbangan ke New Delhi pada 24 Julai 2019 ini.

 

Sesungguhnya semua sumbangan ini terutama di kalangan warga ATM merupakan tanda sokongan di antara satu sama lain sepertimana nilai semangat persahabatan dan kekeluargaan di samping semangat berpasukan yang dibentuk dalam diri setiap lapisan warga ATM. Organisasi ini juga amat menitikberatkan kebajikan setiap anggota dan keluarga mereka bagi mencapai kualiti hidup terbaik sebagai sokongan moral kepada setiap warganya yang sentiasa berkorban dan menyumbang khidmat bakti untuk Negara.